Pelajar sekolah menengah



HandWallet digunakan oleh ramai pelajar sekolah menengah yang menguruskan "duit saku" mereka sendiri atau mempunyai pekerjaan sambilan. Pelajar-pelajar yang telah memuatturun dan menggunakan program ini sangat bergembira dengan penggunaan yang jelas dan mudah dan pilihan-pilihan untuk pengenalan kategori peribadi.

Pelajar universiti



Peranti HandWallet sangat terkenal dalam kalangan pelajar yang menguruskan belanjawan "ketat" dan perlu menyelenggara rejim tegas mengenai pendapatan dan perbelanjaan. Beribu-ribu pelajar di seluruh dunia sudah memuatturun Hand Wallet dan sentiasa memasukkan data. Kami terima banyak surat dan rujukan setiap bulan daripada pelajar-pelajar yang meminta perubahan istimewa dan tambahan untuk gaya hidup pelajar, tempat tinggal bersama, pengagihan untuk pembayaran yuran universiti, biasiswa, diskaun dan sebagainya.

Keluarga

Keperluan untuk menyimpan dan untuk mengurus aspek kewangan keluarga dengan bijak adalah lagi penting pada masa ini dari masa dahulu. Adalah jelas bahawa perancangan kewangan keluarga biasa adalah lagi rumit dan lain sedikit berbanding pengurusan sebuah perniagaan: sebuah keluarga mempunyai perbelanjaan tetap dan bermusim untuk pelbagai perkara dan pendapatan tetap dan bermusim dari pelbagai sumber. Perkara menjadi lebih rumit kerana kebanyakan keluarga mempunyai beberapa akaun bank dan beberapa kad kredit dan pendapatan dan perbelanjaan dilakukan oleh semua ahli keluarga. Beribu-ribu keluarga telah memilih Hand Wallet sebagai program penting untuk pengurusan kewangan keluarga. Selepas menggunakannya untuk hanya masa yang pendek, ramai sudah melaporkan pembaikan prestasi kewangan mereka, mempunyai kawalan dengan akaun bank mereka, menemui kesalahan dalam debit mereka, dan tidak lagi terkejut dengan hari pendebitan kad kredit mereka. Mereka sekarang berupaya untuk mengelakkan atau menggurangkan overdraf dan berupaya untuk lebih menumpu kepada perkara-perkara yang "memakan" belanjawan.

Pengembara dan mereka yang tinggal di luar negara



HandWallet merupakan alat yang tiada gantinya untuk pengembara dan mereka yang tinggal di luar negara. Dengan menggunakan HandWallet, anda boleh mendapatkan maklumat untuk jumlah perbelanjaan untuk tempat tinggal, makanan atau bayaran masuk ke tempat-tempat pada bila-bila masa, walaupun semasa mengembara dari satu negeri ke negeri lain. Anda boleh melihat semua perbelanjaan anda dalam Dollar, tanpa perlu mengambil kira nilai pertukaran dan tanpa perlu ingat nilai pada setiap masa perjalanan. Jika beberapa ahli pergi mengembara bersama, kesemua perakaunan antara ahli-ahli boleh dikira dengan bantuan HandWallet Pro.

Pekerja sendiri dan pemilik perniagaan kecil

Untuk mereka yang bekerja sendiri dan pemilik perniagaan-perniagaan kecil, HandWallet sangat berguna untuk pelbagai perkara, dari penyeliaan pelbagai aktiviti tertentu perniagaan ke pengurusan penuh perbelanjaan dan pendapatan. Anda boleh mengetahui harga barangan semasa pembelian atau penjualan dan pembeli di masa lepas dengan menggunakan HandWallet. Anda juga boleh membandingkan harga barangan dalam mata wang berlainan dan memilih yang lebih baik jika terdapat pelbagai pilihan untuk pembelian barangan tersebut. Anda boleh mengetahui anggaran pengaliran duit lebih awal dan menggunakan maklumat ini untuk merancang pembayaran tertunda. HandWallet mengajar anda pendapatan utama anda pada masa tertentu dan apa perbelanjaan utama anda. HandWallet menunjukkan masa yang berbaloi untuk memindahkan duit antara akaun-akaun bank dan masa yang menguntungkan untuk mengambil pinjaman dan bagaimana untuk menjadualkannya. Anda boleh bermain dengan pelbagai parameter di setiap kejadian seperti tahap faedah, jumlah bayaran, peratusan perhubungan dll dan mencari pilihan pembayaran yang sesuai. Paling penting - data perniagaan yang anda pilih untuk dimasukkan ke dalam sistem ada bersama anda di mana-mana sahaja di komputer palm anda- di tempat perniagaan anda, di rumah, semasa perbincangan dengan pengimport dan apabila anda berada di luar negara dan menguji produk-produk baharu.

Syarikat besar

HandWallet Business memberikan penyelesaian penuh untuk wakil syarikat yang berada di perjalanan perniagaan di luar negara. Program HandWallet membantu sepenuhnya pengisian laporan perjalanan untuk tujuan cukai: Pengembara mengisi kesemua perbelanjaan dalam masa nyata dengan pengagihan yang betul mengikut kategori dan undang-undang tetap. Dia boleh tahu pada mana-mana peringkat berapa dia sudah berbelanja dan untuk apa, dan boleh mengemaskini komputer atau akauntan syarikat sepanjang perjalanannya. HandWallet Business membenarkan anda untuk menikmati kesemua kelebihan adik-adiknya, dan tambahan memasukkan resit atau nombor pengesahan, invois dan peratusan cukai (jika berkaitan) untuk setiap kejadian. Wakil syarikat dilengkapi dengan HandWallet boleh memasukkan perbelanjaan dalam mata wang asing dan melihat peningkatannya dalam Dollar atau Euro semasa masih di luar negara! Tambahan lagi, dia boleh melihat perbelanjaan dan pendapat yang telah dilaksanakan dalam Dollar atau Euro dalam mata wang tempatan dan membandingkan harga dengan mudah.